Tuesday, 1 March 2011

''bagikan aku kebahagiaan itu''

cukup lah aku tidak mahu bermain-main lagi soal hati ni.aku mahu keseriusan dalam hubungan.cukup lah aku kecewa yang dahulu-dahulu.aku mahu kekal,aku mahu selamanya.tidak main-main lagi.tahun lepas ganjil 3kali aku kecewa.bukan apa,aku cemburu lihat orang lain punya pasangan.aku mahu juga.tapi aku main sebat saja kan sudah kena game sama itu perempuan.cukup lah.
sekarang bila aku bilang aku mahu serius dan aku sayang kau,kenape susah sangat nak percaya???
kalau aku mampu,ingin saja aku tunjuk hati aku ni pada kau.kenakalan kau,kedegilan kau,manja kau bikin aku sayang kau.tapi kau terus terus dan terus main tarik tali dengan aku.ini bukan acara sukaneka tarik tali sayang.ini soal hati.aku mahu kau,sungguh aku bilang!dulu aku ni jahat,tapi jahat-jahat aku jahat perempuan saja.tapi sampai bila.sekarang dah masuk pertengahan umur remaja,dah banyak yang aku perlu fikir.cukup lah hidup aku yang main-main dahulu.semua manusia pasti ada kesalahan dan boleh berubah.terpulang pada hati lah,kalau bangsat sangat hati tuu memang payah la.orang putih kata''what goes around comes around''aku dah kene da,jangan risau.
chill.
jujur aku bilang dari hati,aku mahu jaga kau,biar la kau jauh sekalipun.cuma tetapkan cinta duniawi kau untuk aku saja.cukup!rasakan pada aku kebahagiaan itu.aku dahagakan ia.sungguh!!!hati aku tak sekeras simen dan tak selembut kapas cuma perlu dibaja.nanti-nanti ia berkembang.aku pernah bilang,''kau bikin hati aku kembang macam bunga''itu kebenaran.aku sudah jatuh cinta dengan kau.
aku sudah cukup malu hendak menagih cinta.aku sudah cukup segan dengan hati aku sendiri.tapi kali ni aku tegarkan juga untuk cuba dapatkan engkau.aku dahagakan rasa disayangi,dirindui,kata-kata manja dari gadis,panggilan telefon setiap malam.aku mahu semua itu!
biar lantak lah pada siapa yang mahu menyalak pada aku,aku langsung tak pedulu.sengihkan saja mungkin.kali ni aku nekad dan tekad untuk belajar jadi romeo.sungguh la wei!aku mahu setia,mahu sayang dia ketat-ketat!tapi kau bagi alasan kita jauh dan kau tak tahu apa aku buat di sini.aku tekankan ayat ini.tolong belajar percaya aku.aku tidak boleh tolak perasaan sayang tu pada kau gadis. aku lelaki,memang punya ego,tapi ego aku hilang bila tangan aku mula menaip mesej pada kau.
  ''jangan kau pandang,bibir yang manis,kerna ia bisa meracunmu,''
   ''jangan kau pandang,wajah yang indah,kerna ia bisa menghancurkan''
-semoga kau dijaga tenang,semoga kau dipelihara hingga kita sah dimuhrimkan,semoga kau tunggu aku,semoga kau tetap untuk aku-

No comments:

Post a Comment