Wednesday 9 March 2011

''PEMANIS RASA HATI''

''inilah pemanis rasa hati aku''

Dulu aku dahagakan kebahagiaan,rasa ingin disayangi,rasa ingin dirindui.kini aku mula rasakan semua itu dengan kehadiran gadis ini.kami tak pernah jumpa,cuma rasa hati yang buat kami bahagia.aku tak tahu kenape,bila teringat gadis ini,jalan seorang pun masih boleh senyum.
 Sebagaimana yang aku dendangkan bait-bait cinta dahulu,belum cukup lagi untuk aku gambarkan betapa indahnya dia.manja dia,nakal dia,betape mengada-ngadanya dia,aku seorang boleh rasa.
bila dia manja,itulah yang buat aku makin  sayang pada dia.bila dia nakal dengan aku,itulah yang buat aku makin rindukan dia.bila dia mengada-ngada dengan aku,itulah yang buat aku makin perlukan dia.gadis ini betul-betul bikin hati aku jadi pink.
Sungguh aku katakan aku sayangkan gadis ini.sudah lama aku tak rasakan perasaan sebegini.kami kenal lama dahulu,banyak sangat dugaan sebelum dapat bersama dia.tapi tuhan sudah takdirkan dia untuk aku sekarang.aku harap suatu hari nanti aku dapat peluang untuk bertemu dia.semoga kau dijaga tenang,semoga kau dipelihara sampai kita sah dimuhrimkan,semoga kau tunggu aku,semoga kau tetap untuk aku.
Pemikiran negatif bila berjauhan memang aku tak nafikan.tapi aku kata pada hati aku dalam-dalam,aku harus percayakan dia.doakan aku agar hati ini tetap untuk kau,doakan aku agar rasa sayang ini hanya dengan kau.doakan aku agar rindu ini hanya pada kau seorang.aku aminkan setiap doa itu.
Menjadi seorang lelaki terlalu banyak tanggungjawab.aku perlu bersusah sekarang kerana aku tak mahu kau susah bila bersama aku,suatu hari nanti,aku tak mahu kau menyesal hadir dalam hidup aku.
                       ''kerna ku sayang kamu''
-seandainya,kau ada disini denganku,
 mungkin ku tak sendiri.
 bayanganmu,yang selalu menemaniku
 hiasi malam sepi ku..
 ku ingin bersama dirimu..
 ku tak akan pernah,berpaling darimu
 walau kini,kau jauh dariku
 kan selalu ku nanti,kerna
 ku sayang kamu

Hati ini,selalu memanggil namamu
dengarlah melatiku
ku berjanji,hanyalah untukmu cinta ku
takkan pernah ada yang lain...
         -insyaallah-


Tuesday 1 March 2011

''bagikan aku kebahagiaan itu''

cukup lah aku tidak mahu bermain-main lagi soal hati ni.aku mahu keseriusan dalam hubungan.cukup lah aku kecewa yang dahulu-dahulu.aku mahu kekal,aku mahu selamanya.tidak main-main lagi.tahun lepas ganjil 3kali aku kecewa.bukan apa,aku cemburu lihat orang lain punya pasangan.aku mahu juga.tapi aku main sebat saja kan sudah kena game sama itu perempuan.cukup lah.
sekarang bila aku bilang aku mahu serius dan aku sayang kau,kenape susah sangat nak percaya???
kalau aku mampu,ingin saja aku tunjuk hati aku ni pada kau.kenakalan kau,kedegilan kau,manja kau bikin aku sayang kau.tapi kau terus terus dan terus main tarik tali dengan aku.ini bukan acara sukaneka tarik tali sayang.ini soal hati.aku mahu kau,sungguh aku bilang!dulu aku ni jahat,tapi jahat-jahat aku jahat perempuan saja.tapi sampai bila.sekarang dah masuk pertengahan umur remaja,dah banyak yang aku perlu fikir.cukup lah hidup aku yang main-main dahulu.semua manusia pasti ada kesalahan dan boleh berubah.terpulang pada hati lah,kalau bangsat sangat hati tuu memang payah la.orang putih kata''what goes around comes around''aku dah kene da,jangan risau.
chill.
jujur aku bilang dari hati,aku mahu jaga kau,biar la kau jauh sekalipun.cuma tetapkan cinta duniawi kau untuk aku saja.cukup!rasakan pada aku kebahagiaan itu.aku dahagakan ia.sungguh!!!hati aku tak sekeras simen dan tak selembut kapas cuma perlu dibaja.nanti-nanti ia berkembang.aku pernah bilang,''kau bikin hati aku kembang macam bunga''itu kebenaran.aku sudah jatuh cinta dengan kau.
aku sudah cukup malu hendak menagih cinta.aku sudah cukup segan dengan hati aku sendiri.tapi kali ni aku tegarkan juga untuk cuba dapatkan engkau.aku dahagakan rasa disayangi,dirindui,kata-kata manja dari gadis,panggilan telefon setiap malam.aku mahu semua itu!
biar lantak lah pada siapa yang mahu menyalak pada aku,aku langsung tak pedulu.sengihkan saja mungkin.kali ni aku nekad dan tekad untuk belajar jadi romeo.sungguh la wei!aku mahu setia,mahu sayang dia ketat-ketat!tapi kau bagi alasan kita jauh dan kau tak tahu apa aku buat di sini.aku tekankan ayat ini.tolong belajar percaya aku.aku tidak boleh tolak perasaan sayang tu pada kau gadis. aku lelaki,memang punya ego,tapi ego aku hilang bila tangan aku mula menaip mesej pada kau.
  ''jangan kau pandang,bibir yang manis,kerna ia bisa meracunmu,''
   ''jangan kau pandang,wajah yang indah,kerna ia bisa menghancurkan''
-semoga kau dijaga tenang,semoga kau dipelihara hingga kita sah dimuhrimkan,semoga kau tunggu aku,semoga kau tetap untuk aku-